Mesin Rumput Pandu | Ride-on Mower

Kerja Lebih Pantas. Hasil Lebih Kemas.

AGRO MEKANISASI

Kami Tahu, Kerja Memotong Rumput Perlukan Lebih Daripada Sekadar Tenaga.

Rumput tebal. Tanah tidak rata. Mesin cepat panas dan mudah rosak.
Kami tahu cabaran anda — sebab itu OREC Rabbit Mower direka khas untuk mengatasi masalah sebenar di lapangan.

Dengan Rabbit Mower, kerja lebih cepat, kemas dan jimat tenaga.

Kelebihan Utama Rabbit Mower

  • DIKUASAKAN DENGAN ENJIN KAWASAKI gred industri, Rabbit Mower menawarkan kuasa konsisten, prestasi stabil, dan ketahanan tinggi, direka khusus untuk kawasan kerja sebenar, bukan sekadar rumput halaman.
  • SISTEM TRANSMISI HIDROSTATIK (HST) membolehkan pengendali mengawal kelajuan hadapan dan belakang tanpa memerlukan penukaran gear, memastikan operasi pemanduan dan pemotongan yang lancar dan mudah.
  • KEMASAN PEMOTONGAN BERKUALITI dengan rekaan bentuk bilah dan sistem pemotongan OREC yang inovatif memastikan hasil potongan rata, bersih dan sekata, walaupun di kawasan rumput tebal atau tidak rata. Tiada lagi permukaan rumput tidak sekata atau kerja ulang, hasil potongan sentiasa kemas dan profesional.
  • TUIL LARASAN PEMOTONGAN yang mudah digunakan ini terletak di sisi pengendali, membolehkan ketinggian pemotongan dilaras dengan pantas dan tepat bagi mencapai hasil potongan yang diinginkan.
  • REKA BENTUK KOMPAK DAN PRAKTIKAL ini memudahkan pengangkutan dan penyimpanan, menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna dengan ruang terhad atau yang mengutamakan mobiliti.
    Saiznya yang kecil dan mudah dikendali turut membolehkan pergerakan lancar di lorong sempit serta di sekitar pokok dan halangan.
  • KAWALAN MESRA PENGGUNA dengan pengoperasian yang mudah dan selamat untuk pengguna dewasa. Stereng ringan dan tempat duduk ergonomik memastikan pengendalian selesa, stabil, dan terkawal.
xr:d:daf6xthqkow:2,j:6723164806880641126,t:24012405

OREC RABBIT MOWER SERIES

Dari Padang Hingga Ladang — Satu Mesin Untuk Semua

  • Kebun buah dan ladang kelapa sawit
  • Kawasan kurang rata dan sedikit berbukit
  • Padang rumput yang luas
  • Penyelenggaraan taman, landskap dan kawasan perbandaran
  •  

Dilengkapi dengan sistem pemotongan berprestasi tinggi, Rabbit Mower direka untuk menangani pelbagai cabaran di lapangan serta memberikan potongan yang kemas dan konsisten.

orec rabbit mower rm983

OREC JAPAN

Rabbit Mower RM983

Model standard ini adalah pilihan popular di kalangan pengguna Malaysia. Rekaannya berkualiti tinggi dan tahan lasak, sesuai untuk pemotongan rumput di kawasan rata seperti kebun buah, padang rumput, penyelenggaraan taman, landskap, dan kawasan perbandaran.

KomponenButiran
ModelOREC Rabbit Mower RM983
Harga Pasaran DisyorkanRM 38,500 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinKawasaki FS651V
Kuasa Enjin16.4 kW / 22.0 PS / 726 cc
Dimensi (P × L × T)2,000 × 1,070 × 830 mm
Berat305 kg
Lebar Pemotongan975 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 10 – 80 mm
orec rabbit mower rm983f 4wd

OREC JAPAN

Rabbit Mower RM983F 4WD

Model ini dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) untuk kuasa tambahan, sesuai untuk kawasan tanah kurang rata atau sedikit berbukit. Reka bentuknya tetap kukuh dan tahan lasak, memberikan prestasi stabil di pelbagai keadaan kerja.

KomponenButiran
ModelOREC Rabbit Mower RM983F
Harga Pasaran DisyorkanRM 47,500 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinKawasaki FS691V
Kuasa Enjin17.2 kW / 24.0 PS / 726 cc
Dimensi (P × L × T)2,010 × 1,070 × 950 mm
Berat345 kg
Lebar Pemotongan975 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 10 – 80 mm
orec rabbit mower rm984

OREC JAPAN

Rabbit Mower RM984

Model baharu ini hadir dengan reka bentuk terkini dan ciri inovatif, menawarkan prestasi tinggi serta penampilan yang lebih menarik. Ia sesuai untuk kawasan lapang, kebun berskala sederhana, dan penyelenggaraan landskap.

KomponenButiran
ModelOREC Rabbit Mower RM984
Harga Pasaran DisyorkanRM 44,200 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinKawasaki FS691V
Kuasa Enjin17.2 kW / 24.0 PS / 726 cc
Dimensi (P × L × T)1,930 × 1,080 × 890 mm
Berat330 kg
Lebar Pemotongan975 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 10 – 100 mm
orec rabbit mower rmk180

OREC JAPAN

Rabbit Mower RMK180

Model istimewa ini memberikan lebih potensi, dilengkapi dengan EXTENSION-ARM untuk lebar pemotongan lebih luas — menjimatkan masa dan memaksimumkan prestasi mesin. Sesuai untuk kawasan lapang, landskap berskala besar, dan penyelenggaraan di kawasan yang sesuai.

KomponenButiran
ModelOREC Rabbit Mower RMK180
Harga Pasaran DisyorkanRM 60,500 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinKawasaki FS691V
Kuasa Enjin17.2 kW / 24.0 PS / 726 cc
Dimensi (P × L × T)1,895 × 1,880 × 900 mm
Berat348 kg
Lebar Pemotongan1620 – 1770 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 10 – 70 mm
jentera master orec japan 1

Kami Faham, Anda Mahu Mesin Yang Boleh Dipercayai.

Sebab itu setiap Rabbit Mower datang dengan jaminan dan sokongan penuh daripada kami di Jentera Master.
Anda boleh bekerja tanpa risau — servis, alat ganti dan bantuan teknikal semuanya tersedia bila anda perlukan.

Sedia untuk ubah cara kerja anda di lapangan?

Hubungi kami hari ini untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Scroll to Top