Mesin Rumput Flail | Crawler flail Mower

Semak tebal. Jentera Kebal.

AGRO MEKANISASI

Rumput bukan sekadar rumput — ada yang tebal, tinggi, berselirat dan tumbuh di permukaan tidak rata.

Bagi ramai operator, ini bukan kerja mudah. Mesin cepat panas, bilah tersekat, dan tenaga habis sebelum kawasan siap.

crawler traction dan flail blade system, Bull Mower direka untuk menawan kawasan paling mencabar — dari kebun berbukit hingga ke semak tebal.

Kelebihan Utama Bull Mower

  • DIKUASAKAN DENGAN ENJIN MITSUBISHI gred industri, Bull Mower memberikan kuasa tinggi, prestasi stabil dan ketahanan yang dibina khusus untuk menawan kawasan lasak, separa berbukit dan semak tebal.
  • TAYAR CRAWLER Memberikan keseimbangan di permukaan separa berbukit, tanah lembut dan tidak rata. Dengan cengkaman yang kuat serta daya tolak seimbang, Bull Mower kekal stabil dan mudah dikawal walaupun di kawasan yang mencabar. Sistem tayar crawler ini menjadikan Bull Mower lebih stabil, lebih kukuh, dan berupaya beroperasi di lokasi yang tidak dapat dilalui oleh mesin pemotong biasa.
  • FLAIL BLADE “UP-CUT” direka untuk memberikan pemotongan yang lebih menyeluruh berbanding pemotong jenis rotary biasa. Dengan bilah khas ini, rumput tinggi, semak tebal, dan ranting kecil dapat dipotong dengan lancar tanpa mudah tersekat. Setiap bilah diperbuat daripada keluli tahan lasak, memastikan ketajaman dan prestasi potongan menjadi lebih efisien.
  • AKSESORI STEP-ON membolehkan operator mengekalkan keseimbangan lebih baik semasa mengendalikan mesin. Berdiri semasa operasi juga memberikan pengalaman baru dan turut membantu mengurangkan keletihan.
jentera master bull mower 3

OREC BULL MOWER SERIES

Dari Padang Hingga Ladang — Satu Mesin Untuk Semua

  • Kebun buah dan ladang kelapa sawit
  • Kawasan kurang rata dan sedikit berbukit
  • Padang rumput yang luas
  • Penyelenggaraan taman, landskap dan kawasan perbandaran
  •  

Dilengkapi dengan sistem pemotongan berprestasi tinggi, Bull Mower direka untuk menangani pelbagai cabaran di lapangan serta memberikan potongan yang kemas dan konsisten.

orec bull mower hrc665

OREC JAPAN

Bull Mower HRC665

Menampilkan keseimbangan antara kuasa dan kawalan.
Dengan sistem roda crawler yang stabil dan bilah flail kejuruteraan Jepun, ia direka untuk menangani pelbagai jenis permukaan — daripada kebun hingga kawasan perbandaran — sambil mengekalkan hasil potongan yang kemas dan sekata.

KomponenButiran
ModelOREC Bull Mower HRC665
Harga Pasaran DisyorkanRM 22,300 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinMitsubishi GB290
Kuasa Enjin5.8 kW / 8.0 PS 
Dimensi (P × L × T)1,670 × 810 × 950 mm
Berat200 kg
Lebar Pemotongan650 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 20 – 85 mm
orec bull mower hrc805

OREC JAPAN

Bull Mower HRC805

Menawarkan kuasa tambahan dan lebih lebar pemotongan, menjadikannya pilihan ideal untuk kerja penyelenggaraan berskala besar. Model ini memberikan produktiviti lebih tinggi dan kecekapan kerja yang optimum di lapangan, membantu mengurangkan masa operasi dan meningkatkan hasil kerja keseluruhan.

KomponenButiran
ModelOREC Bull Mower HRC805
Harga Pasaran DisyorkanRM 25,800 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinMitsubishi GB300
Kuasa Enjin7.3 kW / 10.0 PS
Dimensi (P × L × T)1,670 × 960 × 950 mm
Berat220 kg
Lebar Pemotongan800 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 20 – 85 mm
orec bull mower zhr800

OREC JAPAN

Bull Mower ZHR800

Model terkini dalam siri Bull Mower yang menampilkan gabungan kuasa maksimum dan kawalan penuh di lapangan. Dengan sistem  Zero-Turn dan crawler lebar, ia direka untuk operasi berat di kawasan rumput tebal, semak kasar dan permukaan tidak rata.
Prestasi, kestabilan dan kecekapan digabungkan untuk memberikan hasil kerja profesional dengan masa operasi yang lebih singkat.

KomponenButiran
ModelOREC Bull Mower ZHR800
Harga Pasaran DisyorkanRM 44,200 (Unit Import Baharu, Jan 2024)
EnjinMitsubishi GX390
Kuasa Enjin9.6 kW / 24.0 PS 
Dimensi (P × L × T)1,725 × 1,000 × 1140 mm
Berat320 kg
Lebar Pemotongan800 mm
Ketinggian PotonganBoleh laras antara 30 – 320 mm
jentera master orec japan 1

Kami Faham, Anda Mahu Mesin Yang Boleh Dipercayai.

Sebab itu setiap Bull Mower datang dengan jaminan dan sokongan penuh daripada kami di Jentera Master.
Anda boleh bekerja tanpa risau — servis, alat ganti dan bantuan teknikal semuanya tersedia bila anda perlukan.

Sedia untuk ubah cara kerja anda di lapangan?

Hubungi kami hari ini untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Scroll to Top